Assalamualaykum
wbt semua :)
Salam Ramadhan.
Sedar tak sedar hari ini sudah Ramadhan ke-19. Sekarang kita sudah berada pada
fasa ke-3 dalam bulan Ramadhan iaitu pembebasan dari api
neraka. 10 hari akhir Ramadan adalah
hari-hari yang menjanjikan pengampunan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya
yang melakukan ibadat dengan penuh keikhlasan.
Oleh kerana itulah Allah swt
telah menyediakan satu malam yang paling istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.
Jom sama-sama kita rebut peluang ini
! :)
Okess ! Hari ini Awla nak sambung
cerita pasal Stress. Macam mana nak hasilkan Stress yang POSITIF ya ?
kebiasaanya kalau STRESS, mesti kesannya negatif kan ?
Sebelum tue, kita tengok kesan STRESS
yang negative dahulu ! :)
Stress boleh membunuh !,Jadi, jangan biarkan ia
membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres
sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian.
Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka.
1.
Kemurungan akan
berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.
Kemungkinan dia boleh jadi seorang pendiam atau panas baran, berubah sikap dan
etc.
2.
Kegagalan menangani
stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya
sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh
melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah
mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang
sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh
memburukkan lagi keadaan.
# Semoga kita semua di jauhi Stress yang
melampau ini ya . amiin .
"JIKA HATI DAN PEMIKIRAN KITA
SENTIASA BERSANDARKAN SIFAT TAWADUK, YAKIN DAN SYUKUR PADA ALLAH SWT, MAKA
DIRI KITA AKAN DIBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH-NYA DALAM MENANGANI TEKANAN."
Okess, sekarang Jom kita tukarkan stress yang
kita pernah alami menjadi kesan yang POSITIF ? tapi bagaimana ya ? ..
*
teruskan baca kalau nak tahu ya ;)
Stress boleh dilihat secara
positif dan stress positif turut dikenali sebagai Eustres. Eustres dianggap baik
untuk manusia kerana ia menjadikan manusia lebih bertenaga dan bersemangat
untuk menghadapi kehidupan!
# Meningkatkan
motivasi diri.
# Meningkatkan
amalan dan usaha.
# Merangsang
individu mempertahan dan melindungi diri.
# Meningkatkan
potensi diri.
Contohnya, ketika Alexander Graham
Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang
pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan
sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)
So, apa-apa pun yang paling penting POSITIF kan
diri dalam apa sahaja. ! in sha Allah, stress pun tak terasa dah :) Sebaliknya
semakin BERMOTIVASI !
* Jom renungkan sejenak ! :)
Boleh baca
doa ini juga !
Regards Luv,
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)