Blogger Tips and Tricks
  • Look Young.Look Great
  • Kecantikan-Kesihatan-Bentuk badan yang Ideal
  • Jom Tampal dan Biarkan!
  • Putihkan Segala yang Gelap



24 Sept 2013

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Assalamualaykum wbt

Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas segala nikmat kurniaanMU. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga hati-hati yang membaca ini juga sentiasa tenang dan bahagia :)
Hari ini Awla ingin berkongsi satu entri yang berbicara tentang hati.


Hati merupakan raja kepada tubuh badan kita dan dalam segenap hal. Jika hati rosak, maka rosaklah seluruhnya. Namun, jika dijaga dengan baik dan penuh keimanan, maka bersihlah hati itu. :)
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Bagaimana ingin menjadikan hati supaya sentiasa tenang ya ? semua orang pasti inginkan hati yang selalu tenangkan kan ?? :)
Di sini, Awla kongsikan beberapa Tips untuk tenangkan hati oleh Dato Fadhilah Kamsah .


Semoga dapat memberikan manfaat kepada kita semua. In Sha Allah :)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
CUBALAH!!
8) Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.






Regards Luv, 
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)

Posted by Awla Mukhlisah in with No comments
Read More

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Setiap penyakit dan kesakitan dan diberikan oleh ALLAH adalah ujian kepada hamba-hamba yang DIA sayang :) 









Regards Luv, 
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)




Posted by Awla Mukhlisah in with No comments
Read More

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Assalamualaykum wbt
Selamat pagi! Mulakan hari mu dgn doa pada Illahi.




Regards Luv, 
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)



Posted by Awla Mukhlisah in with No comments
Read More

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

21 Sept 2013

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


:: Assalamualaykum wbt ::


WAHAI PELAJAR ini ada TIPS belajar buat dirimu.

WAHAI IBU BAPA ini ada TIPS belajar buat anak-anak kesayanganmu.
WAHAI GURU, ini ada TIPS belajar buat anak2 muridmu.
WAHAI yang MEMBACA, sila SEBARKAN, moga ia bermanfaat! :)


1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. 

3) Kembalikan cas-cas positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada ‘salafus soleh’ terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema’ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudah apabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.


……………………..……………………..………

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.



Regars Luv, 
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)
Posted by Awla Mukhlisah in with No comments
Read More

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

18 Sept 2013

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


:: Assalamualaykum wbt ::

Syukur atas segala nikmat kurniaan yang Allah berikan kepada kita semua.
Semoga kita semua sentiasa sihat selalu, ok? :)

WoW! Today is THE DAY!!!! ;)


Hari ini Awla ingin mengumumkan PEMENANG bagi Giveaway yang telah awla adakan sebelum ini. 

Dup dap dup dap.....

Korang nervous tak yang participate ni? nak tunggu the winner kan, pastilah berdebar! hehehe

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu kan. Siapa lah Mr. or Miss yang bertuah tu? ;)


Bagi PEMENANG Giveaway ini, Awla akan pilih 2 orang Pemenang yang bertuah.
Seorang lelaki dan seorang Perempuan. Pemenang akan mendapat hadiah iaitu :

Pemenangnya adalah :

1. http://faiz-tutorial.blogspot.com/2013/08/giveaway-welcome-to-my-blog-by-awla.html


Kepada PEMENAG, 
Sila berikan NAMA PENUH, ALAMAT PENUH, dan NUM. TEL untuk pengeposan HADIAH anda ya.

TAHNIAH diucapkan kepada Pemenang yang telah berjaya ! 
Bagi yang tidak berjaya, usaha lagi ya ! 

Tunggu akan lebih banyak contest yang akan Awla adakan dengan pelbagai hadiah yang LUMAYAN ! :)
Nantikan ! :)

Luv Alwaysss!
nak visit sini selalu pun boleh, follow pun boleh, sebb kat FB pun Awla selalu buat contest :)

https://www.facebook.com/Awla.MUkhlisah.BeautyHealthyShop

Regards Luv, 
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)
Posted by Awla Mukhlisah in with 5 comments
Read More

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Assalamualaykum wbt :)

Jom dapatkan Promosi Produk with Free Gift ! 
Hanya di Awla Mukhlisah Beauty Shop ! :)
Untuk order boleh isi tempahan di sini ya : http://awlamukhlisah.blogspot.com/p/isi-tempahan.html#.UjiNW8bIu91

| Aurawhite |

FREE :
- Aura White Nano Collagen Serum
- Sabun Whitening Thanaka + Lemon + Honey
- Bedak Tanaka 40g
- Black Mask
- Collagen Eye Mask
- Shaker

| K-Colly Sweet 17 |

FREE : 
- Sabun Whitening Thanaka + Lemon + Honey
- Bedak Tanaka 40g
- Collagen Eye Mask
- Blac Mask

| Maixara C-Sential |

FREE : 
- Sabun Whitening Thanaka + Lemon + Honey
- Bedak Tanaka 40g

| Ferwhite |

FREE : 
- Sabun Whitening Thanaka + Lemon + Honey
- Bedak Tanaka 40g
- Collagen Eye Mask
- Black Mask

HAPPY SHOPPING !




Regards Luv, 
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)

Posted by Awla Mukhlisah in with 2 comments
Read More

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

10 Sept 2013

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ












Regards Luv, 
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)

Posted by Awla Mukhlisah in with No comments
Read More

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

6 Sept 2013

Assalamualaykum wbt :)
Apa khabar semuanya ? Semoga kita semua sentiasa sihat dan diberkati Allah selalu. Amiin.
Apa khabar pula HATI kita hari ini ?
Apa khabar IMAN kita hari ini ? Adakah semakin berkurang atau semakin bertambah ?
Apa khabar AKAL kita hati ini ? Adakah kita memberikannya makanan yang Positif atau Negatif ?
Apa khabar MATA kita hari ini ? Adakah kita menjaga pandangan mata kita dengan baik ? Jom audit diri ! Muhasabah diri seketika, Tanya pada diri kita sendiri. In Sha Alalh, akan kita temui jawapannya nanti :)

Bercakap tentang mata, hari ini Awla nak kongsikan satu tips yang menarik tentang mata. Pepatah ada mengatakan, dari mata turun ke hati
Begitulah pentingnya peranan mata. Sehingga boleh menambat hati orang yang memandangnya. Mata kita sememangnya Allah ciptakan cantik, oleh itu mata kita sentiasa memerlukan penjagaan agar kekal cantik dan berseri.




Kita semua pasti inginkan mendapatkan mata yang menawan dan cantik kan?  Mata yang segar dan menarik bukan sahaja terletak pada sentuhan make-up malah melalui penjagaan mata yang baik.

Jom lihat tips untuk dapatkan mata yang cantik!
Antaranya ialah: 
# Minum air secukupnya kerana ia dapat mengelakkan dehidrasi, sekaligus melambatkan timbul kedutan pada mata.

# Makan buah dan sayuran kerana kandungan mineral, vitamin yang terdapat di dalam buahan dan sayuran adalah nutrisi berguna untuk kecantikan mata, di samping bermanfaat untuk kulit dan kesihatan tubuh. Kandungan Vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen yang menambahkan keanjalan kulit nipis pada mata.

# Hindari perbuatan menggosok mata walaupun dengan tangan kerana ia boleh memberikan kesan tidak baik pada seluruh bahagian mata.

# Berhati-hati memilih produk penjagaan mata. Selalu pilih produk yang boleh dipercayai dan sudah melalui ujian klinikal. Hati-hati dalam aplikasi solekan dan hindari pinjam-meminjam alat kosmetik mata. Perbaharui kosmetik mata setiap 6 bulan sejak pertama kali dibuka.

# Kurangkan pendedahan berbahaya terhadap mata seperti wap panas, tempat berdebu, sinar UV dan benda lain yang berbahaya. Disarankan menggunakan kaca mata hitam dengan kemampuan melindungi mata dari sinar UV.

# Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggalkan dengan sempurna, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat, kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman atau dipenuhi bintik-bintik halus!

# Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi dan ia boleh mengakibatkan ‘oil seed’ di sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, witch hazel dan pro vitamin B5.

# Di sini Awla kongsikan COLLAGEN CRYSTAL EYE MASK  yang BEST untuk mereka mengalami masalah  kesembapan mata serta  lingkaran hitam bawah mata. Kebaikan Crystal Collagen Eye Mask ialah ianya sangat bagus untuk merawat kesembapan mata, lingkaran hitam bawah mata dan melembapkan kulit keliling mata (moisturize) dan mencegah kedutan kulit. Ia diperkaya dengan plant collagen bertindak untuk:
- Mengurangkan kesan gelap lingkaran bawah mata, menghilangkan kesembapan mata, menghilangkan eye-bag.
- Prevent + Refine Aging
- Menghilangkan kesan terbakar akibat 'sunburn' atau kesan pembedahan laser.




Sangat bermanfaat untuk menghilangkan garis halus di sekitar bawah mata, lebam hitam di bawah mata, removes puffiness dan mengatasi penuaan. Dengan pemakaian yang teratur, hasil akan sangat menakjubkan! Untuk lebih tahu lebih details tentang produk ini, boleh tengok di 
PRODUK KECANTIKAN.


Selamat mencuba semua!
Semoga Bermanfaat ya ;)



Regards Luv, 
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)
 

 

Posted by Awla Mukhlisah in with 4 comments
Read More

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr


Bookmark Us

Facebook Favorites Twitter

Search

Don't Forget To Join US Our Official Fanpage
×
bloggerWidget

ABOUT US

"awlamukhlisah.blogspot.com" merupakan sebuah laman web yang bukan hanya untuk menjual atau menyediakan servis di tahap "vvip class" malah kami juga berkongsi pelbagai Tips, Idea dan Informasi kepada ramai orang demi menambah nilai kehidupan ramai orang. In sha Allah.

Selain itu, kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan bermula dari 0 sen sebagai modal :)

Semoga kalian akan mendapat manfaat daripada blog ini serta diredhai oleh Allah SWT. Amin.
Terima kasih.

Salam Kejayaan.

Nuffnang

FOLLOW ME --> Instagram

Our Official Fanpage

Buddies