4 Sept 2013

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Assalamualaykum wbt :)
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam :) In Sha Allah. Semoga kita sentiasa mengucapkan syukur kepada Allah swt atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita semua .. :)
Okess, hari ini Awla nak kongsikan Tips Miliki Kuku yang Sihat. Semua orang pasti inginkan kuku yang sentiasa sihat dan kelihatan cantik kan ?? ;)  terutamanya bagi wanita :)





Kuku yang sihat akan kelihatan licin, bersinar dan bersih. Keadaan kuku akan memberi tanggapan terhadap kesihatan dan kecantikan diri seseorang. Maka adalah penting untuk menjaga kesihatan dan kebersihan. Di sini, Awla kongsikan beberapa tips untuk milki kuku yang sihat. Semoga bermanfaat ya :)




Mengambil Makanan yang Sihat
#Terdapat pelbagai makanan berkhasiat yang dapat menjadikan kuku kuat, sihat dan nampak menarik. Antaranya adalah seperti timun, bawang putih, kekacang, bawang besar, telur, beras perang, asparagus, hati, salmon, tuna, anggur dan epel.

Jangan Mengigit Kuku
Tabiat mengigit kuku akan menyebabkan kuku rosak(kelihatan pecah dihujung). Bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis, mengigit kuku boleh menyebabkan jangkitan pada kuku.

Penggunaan Kuku
#Jangan menggunakan kuku untuk membuka atau mencungkil sesuatu objek keras. Ini kerana boleh menyebabkan kuku bercalar, serpih dan patah.

Pengambilan Multi Vitamin
#Amalkan pengambilan vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku.

Gunakan Pelembap
#Seperti kulit, kuku juga memerlukan pelembap setiap hari. Cukup dengan memakai losen badan atau lotion kuku.

Membantu Pertumbuhan Kuku
#Pengambilan kalsium dan zink dapat mempercepatkan pertumbuhan kuku dan menjadikan kuku kuat. Elakan Pengambilan gula dan alkohol yang berlebihan kerana dapat merosakkan kuku.



Regards Luv, 
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)





Posted by Awla Mukhlisah in with 4 comments


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

4 comments:

  1. betul, kalau kuku mengerutu dan kotor nampak sangat empunya diri tak jaga kebersihan.

    ReplyDelete
  2. @memmetlenggeng :) sama-sama kita menjaga kebersihan diri dan kuku ya :)

    -adminA

    ReplyDelete



Bookmark Us

Facebook Favorites Twitter

Search

Don't Forget To Join US Our Official Fanpage
×
bloggerWidget

ABOUT US

"awlamukhlisah.blogspot.com" merupakan sebuah laman web yang bukan hanya untuk menjual atau menyediakan servis di tahap "vvip class" malah kami juga berkongsi pelbagai Tips, Idea dan Informasi kepada ramai orang demi menambah nilai kehidupan ramai orang. In sha Allah.

Selain itu, kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan bermula dari 0 sen sebagai modal :)

Semoga kalian akan mendapat manfaat daripada blog ini serta diredhai oleh Allah SWT. Amin.
Terima kasih.

Salam Kejayaan.

Nuffnang

FOLLOW ME --> Instagram

Our Official Fanpage

Buddies