24 Sept 2013

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Assalamualaykum wbt

Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas segala nikmat kurniaanMU. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga hati-hati yang membaca ini juga sentiasa tenang dan bahagia :)
Hari ini Awla ingin berkongsi satu entri yang berbicara tentang hati.


Hati merupakan raja kepada tubuh badan kita dan dalam segenap hal. Jika hati rosak, maka rosaklah seluruhnya. Namun, jika dijaga dengan baik dan penuh keimanan, maka bersihlah hati itu. :)
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Bagaimana ingin menjadikan hati supaya sentiasa tenang ya ? semua orang pasti inginkan hati yang selalu tenangkan kan ?? :)
Di sini, Awla kongsikan beberapa Tips untuk tenangkan hati oleh Dato Fadhilah Kamsah .


Semoga dapat memberikan manfaat kepada kita semua. In Sha Allah :)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
CUBALAH!!
8) Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.






Regards Luv, 
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)

Posted by Awla Mukhlisah in with No comments


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment



Bookmark Us

Facebook Favorites Twitter

Search

Don't Forget To Join US Our Official Fanpage
×
bloggerWidget

ABOUT US

"awlamukhlisah.blogspot.com" merupakan sebuah laman web yang bukan hanya untuk menjual atau menyediakan servis di tahap "vvip class" malah kami juga berkongsi pelbagai Tips, Idea dan Informasi kepada ramai orang demi menambah nilai kehidupan ramai orang. In sha Allah.

Selain itu, kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan bermula dari 0 sen sebagai modal :)

Semoga kalian akan mendapat manfaat daripada blog ini serta diredhai oleh Allah SWT. Amin.
Terima kasih.

Salam Kejayaan.

Nuffnang

FOLLOW ME --> Instagram

Our Official Fanpage

Buddies