1 Sept 2013

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Assalamualaykum wbt :)

Semoga kita semua sentiasa berada dalam keredhaanNYA selalu. Amiin. 

Hari ini, Awla nak kongsikan tips yang menarik untuk semua yang ada bayi, terutamanya kepada bakal-bakal ibu, iaitu tips memotong kuku bayi. Tips ini pasti berguna! :)


Kita semua pasti tahu kan, kuku bayi sering kali tumbuh dengan cepat. Kuku merupakan tempat yang paling berpontensi untuk kuman bersarang. Bayi juga suka dan sering kali memasukkan tangannya kedalam mulut, sehingga kuku yang kotor akan meningkatkan risiko bayi diserang dengan berbagai penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria, contohnya diare. Oleh sebab itu, kebersihan tubuh bayi, termasuk kuku bayi harus diberi diperhatian yang rapi agar bayi terhindar daripada serangan pelbagai penyakit yang mungkin timbul.

Tidak semua ibu faham bagaimana cara memotong kuku bayi dengan cara yang betul. Proses memotong kuku bayi sangat berbeza dengan proses memotong kuku orang dewaasa. Proses ini harus dilakukan dengan berhati-hati, agar tidak melukakan jari si kecil comell nanti!


Tipsnya ialah;

# Pastikan anda menggunakan alat pemotong kuku khas untuk bayi dan berada dalam keadaan bersih. Jangan sesekali memotong kuku bayi yang baru lahir menggunakan gunting atau pemotong kuku orang dewasa ya ! Susah kita nak mengawal kaedah pemotongan nanti dan yang paling teruk boleh melukakan jari bayi yang kecil comell itu ! owhh~


 # Sebaiknya potonglah kuku bayi sesudah mandi, atau Pastikan bayi sudah lena tidur untuk mula memotong kuku mereka. Ini SANGAT PENTING kerana anda pasti tidak mahu bertarung sambil memotong kuku seorang bayi yang dalam keadaan tidak selesa dan asyik bergerak kan ! :)


# Boleh haluskan hujung kuku yang tajam selepas di potong dengan kikir kuku jika perlu.

# Jika anda tak sengaja terkena kulit bayi semasa memotong, tekan perlahan bahagian tersebut dengan tisu atau kain kasa, letak ubat yang perlu.

# Peringatan jangan plaster tangan bayi. Kulit bayi akan cepat tumbuh. Bagi kita yang beragama islam, lebih baik kita memotong kuku si kecil mengikut sunnah. :)


# Latih diri anda memotong kuku bayi pada hari Isnin, Khamis atau Jumaat supaya fadillatnya bermula sejak bayi kita masih kecil. Dan janganlah potong kuku bayi anda pada hari yang tidak patut, kerana kita inginkan anak yang terbaik , jadi, bermulalah pada peringkat bayi. Jangan remehkan sunnah taw ! :)







Regards Luv, 
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)
Posted by Awla Mukhlisah in with 8 comments


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

8 comments:

  1. kuku baby mudah pjg
    takut gak nak potong
    jari dia kan sentiasa bergerak
    nice sharing

    ReplyDelete
  2. @Yumida Huda :) betul tue yumida, Alhamdulillah, sekarang dah tahu caranya,, semoga bermanfaat ya dear :)

    -adminA

    ReplyDelete
  3. Sangat Membantu sekali bagi yang ingin cara potong kuku pada bayi, mungkin ini ada sedkikit membatu artikel tentanfg perawatan bayi sehat..
    Berbagi informasi seputar perawatan bayi sehat

    ReplyDelete
  4. Sangat Membantu sekali bagi yang ingin cara potong kuku pada bayi, mungkin ini ada sedkikit membatu artikel tentanfg perawatan bayi sehat..
    Berbagi informasi seputar perawatan bayi sehat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! semoga bermanfaat ya en.taufik ahadi.

      -adminnur

      Delete
  5. Artikel ini sangat bermanfaat.
    Sambil baca artikel ini,oya mungkin ada kawan2 yang sedang cari kaos kaki bayi mampir saja kesini :) moga makin banyak penunjung blognya

    ReplyDelete



Bookmark Us

Facebook Favorites Twitter

Search

Don't Forget To Join US Our Official Fanpage
×
bloggerWidget

ABOUT US

"awlamukhlisah.blogspot.com" merupakan sebuah laman web yang bukan hanya untuk menjual atau menyediakan servis di tahap "vvip class" malah kami juga berkongsi pelbagai Tips, Idea dan Informasi kepada ramai orang demi menambah nilai kehidupan ramai orang. In sha Allah.

Selain itu, kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan bermula dari 0 sen sebagai modal :)

Semoga kalian akan mendapat manfaat daripada blog ini serta diredhai oleh Allah SWT. Amin.
Terima kasih.

Salam Kejayaan.

Nuffnang

FOLLOW ME --> Instagram

Our Official Fanpage

Buddies