Blogger Tips and Tricks
  • Look Young.Look Great
  • Kecantikan-Kesihatan-Bentuk badan yang Ideal
  • Jom Tampal dan Biarkan!
  • Putihkan Segala yang Gelap



Showing posts with label No More Stress. Show all posts
Showing posts with label No More Stress. Show all posts

1 Sept 2013

Assalamualaykum wbt J
Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas segala nikmat mu Ya Allah.
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad, waala alihi wasahbihi wassalam.
Alhamdulilah masih bernafas.

"Ya Allah, ampunilah dosa dosa kami, bersihkanlah hati kami, tenangkanlah hati,jiwa dan fikiran kami, ringankan lah perbuatan dan hati kami untuk lebih mudah beribadah padaMu dgn hati yang khusyuk, limpahkan rezeki yang halal kepda kami, kurniakan kami sahabat2 yang soleh/solehah, matikanlah kami dalam iman, masukkan kami ke dalam syurga firdausi mu Allah" Amin Ya Rabbal Alamin.

Hari ini, Awla nak kongsikan penyakit-penyakit yang timbul akibat daripada STRESS! Semua pasti dah tahu kan Apa itu Stress, Faktor-Faktor STRESS,Tanda-tanda/ Gejala Stress, Langkah-langkah untuk mengatasiStress dan Stress Negatif dan Stress Positif.
Apa ya penyakit yang berpunca daripada stress ? pasti ramai yang tertanya-tanya kan ?? :)



Antara Masalah Kesihatan Dan Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress ialah :

Sakit jantung dan angin ahmar (stroke). 
Stress akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and Heart Disease)

Insomnia atau susah tidur. 
Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977; The Complete Idiot’s Guide To Managing Stress)

Kencing manis. 
Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County Psychiatric Associates; 1998)

Gastrik dan ulser. 
Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya,  jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984; Breakdown in human adaptation to stress)

Infeksi atau jangkitan kuman. 
Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by Hannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74 ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. (Brosschot, J.F., Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux, R.E., 1994; Influence of life stress on immunological reactivity to mild psychological stress: Psychosomatic Medicine)

Asthma. 
Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health)

Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)





Syukur Alhamdulillah, sekarang sudah tahu kan penyakit-penyakit akibat daripada STRESS. Jadi, belum terlambat untuk mencegahnya !






Regards Luv, 
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)


Posted by Awla Mukhlisah in with No comments
Read More

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

14 Aug 2013

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaykum wbt  


Okess ! Hari ini Awla akan sambung macam mana nak atasi STRESS setelah mendapat tahu ada tanda-tanda/gejala STRESS dalam diri ??


Di sini, Awla akan berkongsi 20 langkah untuk atasi STRESS :)


Langkah #1 – Fahami Punca Stress
- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga
menyebabkan ketegangan.

Langkah #2 – Letakkan Keutamaan
- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan
kepada yang lebih penting.
- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak
membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Langkah #3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.
- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia
boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah

Langkah #4 – Menangis
- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu
masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan
tekanan minda dan jiwa. ( tetapi, jangan menangis secara keterlaluan )
- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan
berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan
menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.
- Menangis dan mengadulah dengan Allah segala apa yang anda rasa. Pasti anda akan rasa ketenangan. Sesungguhnya Allah jugalah Pendengar yang TERbaik ! :)

Langkah #5 – Ketawa
- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai
berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan
denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat
diaktifkan.
- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid dalam badan
dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Langkah #6 - Bersenam Atau Beriadah
- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga
 setelah berpeluh
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan kerana peredaran
darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa
penyakit di dalam badan

Langkah #7 –  Zikrullah
- Mengingati Allah (Zikrullah) juga termasuk dapat cara mengatasi stress. 
-Dengan berzikir dan menyerahkan semuanya kepada Allah, maka stress akan dapat diatasi. -  Sesuai dengan Al-Quran, ( Mengingat Allah, hati akan tenang )
 ( QS. Al-Raad 28 ).
- Sentiasalah berISTIQFAR kepadaNYA.

Langkah #8 – Berdoa
- Berdoa merupakan langkah yang amat berkesan untuk mengelakkan diri kita mudah rasa stress. Oleh yang demikian, Nabi SAW telah menjelaskan bahawa ’doa itu senjata bagi orang yang beriman’. Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah:

Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.

Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Mengetahui Perkara Yang Ghaib dan Nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan Syaitan serta sekutunya. Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakr al-Siddiq r.a.
- Berdoa dan Mengadulah kepada Allah, Mohon keampunan daripadaNYA, pasti hati anda akan tenang :)

Langkah #9 – Luahkan Pada Sahabat Karib.
- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak
pada sahabat karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat
mengurangkan bebanan stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan
pandangan sahabat anda itu

Langkah #10 – Meditasi Atau Bertafakur.
- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan
tingkahlaku yang telah dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat
pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya
masalah sehingga anda dapat ketegangan.
- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda
sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Langkah #11 – Tahu Had Kemampuan.
- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu
memaksa diri.
- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak
lagi mampu ditanggung.
- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau
mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah #12 – Berusaha Dan Berserah.
- Bertawakallah kepadaAllah setelah kita berusaha dengan sehabis
baik.
- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan
perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan
sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan
jalan keluar bagi setiap masalah.

Langkah #13 – Bersantai
- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit
ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di
mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri
dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan
memberikan keseronokan.
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

Langkah #14 – Ambil Mudah.
- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang
mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan
itu pada keesokkan harinya.
- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak
keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah #15 – Berjumpa dengan Kaunselor.
- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda,
dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan
tindakan yang perlu diambil.
- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar
mengenai diri sendiri.

Langkah #16 – Berurut.
- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat
yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang
mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan
ketegangan akibat bebanan stresss. 

Langkah #17 – Refleksologi Atau Akupuntur.
- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu
menghilangkan tekanan yang ditanggung.
- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

Langkah #18 – Hipnosis
- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki
satu suasana yang indah.
- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi,
airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh
melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda
berasa segar dan ringan tanpa masalah.
- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan
membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

Langkah #19 – Terima Keadaan Seadanya.
- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut
kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi
kenyataan.
- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu
yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika
tidak memperolehinya.
- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa
yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain
dapat.

Langkah #20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan
anda sedia menerima sesuatu bencana.
- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan
dari Allah SWT dan pasti ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan
fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang
dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan
yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.




Regards Luv, 
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)

Posted by Awla Mukhlisah in with No comments
Read More

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

12 Aug 2013

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Alhamdulillah kerana masih dapat bernafas lagi pada hari ini. 
Salam Syawal ke-5 :)
Awal pagi ini, tetiba hati Awla terdetik untuk menulis entri pasal STRESS ! :)
Awla nak kongsikan tentang tanda-tanda STRESS / Gejala Umum STRESS. 



* Selalau online boleh menyebabkan STRESS juga! ;)



Sebenarnya, kita boleh kenalpasti gejala atau tanda-tanda awal STRESS ini pada diri kita ! :)
Secara umumnya, ia boleh dibahagikan kepada empat bahagian :

 Fizikal 
Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

Mental : 
Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

Emosi 
Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

Perangai : 
Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.

Okess!, sekarang dah tahu kan tanda-tanda atau gejala awal STRESS ! 
Jadi, setelah kita mengetahuinya, kita pasti boleh mengambil langkah untuk mengatasinya :)

Nak tahu apa langkah untuk mengatasi STRESS daripada terus merebak dan menjadi lebih parah ???
Teruskan follow blog Awla ya ;)





Regards Luv,
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)

Posted by Awla Mukhlisah in with No comments
Read More

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

21 Jul 2013


Assalamualaykum wbt dan Salam Ramadhan ke-12.
Semoga Ramadhan kali ini akan memberikan lebih keberkatan kepada kita semua. 
In Sha ALLAH.
Okess! Seperti yang Awla janjikan sebelum ini, hari ini Awla akan sambung kembali tentang STRESS!
Sebelum ini Awla dah ceritakan apa itu Stress sebenarnya kan ? Hope semua dah faham :) 
Kalau tak faham lagi , jom baca entri ini dengan lebih lanjut. In Sha Allah, akan lebih faham. :)
First, kita kaji dahulu apa punca atau faktor yang menyebabkan tercetusnya STRESS ini.. ??  
* Ada sesiapa pernah mengalami keadaan macam ni ??

Stress boleh berlaku di mana-mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja, daripada bayi sehingga warga emas. Contohnya, STRESS di tempat kerja, di rumah, di sekolah dan di mana sahaja kita mula merasai stress itu wujud. Ada orang stress disebabkan bebanan kerja yang terlalu banyak, ada pelajar yang stress bila gagal, ada ibu bapa yang stress apabila mengalami krisis rumah tangga. Malah ada orang STRESS disebabkan pilihan pakaian terlalu banyak, sampai tak tahu nak pilih yang mana untuk buat baju raya ;)

Stress terbahagia kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Jom kita Terjahh, apa faktor dalaman yang boleh menyebabkan STRESS!

FAKTOR DALAMAN
(a) Perwatakan 
Jika dilihat seperti contoh yang Awla berikan di awal tadi, perwatakan manusia ini berbeza-beza. Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia adalah unik, iaitu jika dilihatkadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak meminati mata pelajaran matematik. Ada pula manusia yang meminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayu dan sebagainya lagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan,pelbagai minat dan nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress dan ada pula manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu kenal di mana kedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita. 

(b) Kendiri yang terlalu ideal 
Manusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini selalunya akan menjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian tersebut. Yang menjadi masalahnya ialah apabila manusia tidak bertindak untuk mengejar impian tersebut. Cita-cita dan Impian tinggi tapi usaha kosong ? Sebagai contoh kita melihat pencapaian pelajaran rakan kita, atau orang yang telah berjaya, tetapi kita sedikit pun tidakberusaha ke arah itu, malah kita masih dengan tabiat yang lama seperti meniru kawan, membuang masa dan sebagainya. Perkara ini sangat tidak tepat sekiranya kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan cita-cita.
(c) Kognitif 
Kognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami ketegangan disebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yang negatif. Manusia kadang-kadang merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi. Ini disebutkan sebagai faktor kognitif yang begitu menekan. Manusia-manusia ini mudah mengalami stress kerana berfikiran lemah. Justeru, kita tidak dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress akan mudah datang kepada manusia seperti ini. Oleh hal yang demikian, kita perlu memberikan perhatian dari sudut itu.
(f) Tidak selaras personaliti
Stress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan minat dalam kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial iaitu ingin menjadi guru dan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini menunjukkan tiada keselarasan antara minat dan personaliti yang ada. Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenalpastinya sungguh-sungguh.

(d) Kelemahan dalam komunikasi dan berbahasa 
Stress juga terjadi kepada manusia yang mempunyai masalah berkomunikasi dan berbahasa. Kegagalan berkomunikasi menyebabkan seseorang sukar untuk berinteraksi dengan seseorang yang lain. Dengan itu, segala maklumat yang ingin disampaikan tidak diterima oleh pendengar dengan berkesan. Ini akan menimbulkan masalah dan sekiranya ia tidak dapat diatasi, stress pasti akan berlaku.
(e) Keperluan dan kemahuan 
 Setiap manusia pasti mempunyai keperluan dan kemahuan masing-masing dalam kehidupan ini. Cuma, yang membezakannya samaada keperluan dan kemahuan itu sedikit atau banyak. Sebagai contoh, remaja yang kekurangan kasih sayang dalam hidupnya boleh mendatang stress yang besar kepada dirinya. Sebuah keluarga yang hidup dalam kemiskinan dan tidak mempunyai keperluan yang mencukupi akan mengalami stress jika tidak ditangani dengan baik.

FAKTOR LUARAN
(a) Sosial dan tempat kerja
Selalunya kita tidak terlepas dari hubungan dengan orang lain. Manusia juga bekerja dan di tempat kerja sudah pasti manusia berkomunikasi dengan orang lain. Justeru hubungan sentiasa berlaku. Dalam hubungan ini selalunya berlakulah komunikasi yang mencetuskan masalah. Lumrah hidup di dunia, masalah tidak boleh lari. Sebenarnya masalah yang datang boleh mematangkan manusia. Jika kita lari dari masalah maka kita lari dari proses membina kematangan diri. Manusia yang berani menghadapi masalah ialah manusia yang berani menghadapi kenyataan. Apabila hubungan negatif berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi penyumbang kepada stress. Maka hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama.

 (b) Hubungan dengan keluarga 
Ramai orang mengalami stress kerana hubungan antara suami-isteri, ibu-anak, ibu bapa-anak-anak yang tidak baik. Ketegangan yang berlaku alam hubungan kekeluargaan boleh mencetuskan hasil yang tidak baik. Misalnya, ibu tidak lagi memberi penghargaan kepada anak-anak. Anak-anak tidak lagi menghormati ibu dan ayah sebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua hala sudah terkubur dan inilah bibit-bibit yang bakal mencetuskan kehancuran institusi keluarga dan seterusnya menyebabkan stress berlaku. Justeru, perkara ini perlu diberi perhatian. Maka kita perlu mencorakkan satu hubungan yang penuh empati dan memahami antara satu sama lain. Hubungan ini dijalinkan berdasarkan kepada kasih sayang, hormat menghormati dan menghargai individu lain. 

(c) Persekitaran 
Persekitaran dan keadaan cuaca yang tidak stabil juga boleh menyebabkan stress. Contohnya, para pelajar membuat bising di dalam kelas . Keadaan ini boleh mendatangkan stress kepada pelajar lain yang sedang belajar. Cuaca yang tidak menentu seperti panas terik boleh menyebabkan stress kepada petani yang sedang bekerja.  Oleh itu, stress ini boleh di atasi dengan cara yang baik jika tahu bagaimana cara untuk mengatasinya. 
Wahh, sedar tak sedar, rupanya dah panjang lebar Awla menaip :)
Kalau lihat kepada faktor-faktor stress yang Awla terangkan, semua boleh memberikan kesan yang NEGATIF kan ? Jadi, bagaimana STRESS ini dapat memberikan kesan yang POSITIF ? Awla akan sambung untuk entri seterusnya pula tentang STRESS NEGATIF dan STRESS POSITIF ini. Pasti kamu semua dah penat baca panjang-panjang ni ya ?
Sampai di sini sahaja dahulu untuk kali ini, in Sha ALLAH, Awla kan sambung secepat mungkin :)
No more STRESS !

 Thanks  a lot for reading ! Semoga ALLAH redha.



Regards Luv,
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)






Posted by Awla Mukhlisah in with 1 comment
Read More

Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr


Bookmark Us

Facebook Favorites Twitter

Search

Don't Forget To Join US Our Official Fanpage
×
bloggerWidget

ABOUT US

"awlamukhlisah.blogspot.com" merupakan sebuah laman web yang bukan hanya untuk menjual atau menyediakan servis di tahap "vvip class" malah kami juga berkongsi pelbagai Tips, Idea dan Informasi kepada ramai orang demi menambah nilai kehidupan ramai orang. In sha Allah.

Selain itu, kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan bermula dari 0 sen sebagai modal :)

Semoga kalian akan mendapat manfaat daripada blog ini serta diredhai oleh Allah SWT. Amin.
Terima kasih.

Salam Kejayaan.

Nuffnang

FOLLOW ME --> Instagram

Our Official Fanpage

Buddies