Assalamualaykum
wbt dan Salam Ramadhan ke-12.
Semoga
Ramadhan kali ini akan memberikan lebih keberkatan kepada kita semua.
In Sha
ALLAH.
Okess!
Seperti yang Awla janjikan sebelum ini, hari ini Awla akan sambung kembali
tentang STRESS!
Sebelum
ini Awla dah ceritakan apa itu Stress sebenarnya kan ? Hope semua dah faham :)
Kalau tak faham lagi , jom baca entri ini dengan lebih lanjut. In Sha Allah, akan lebih faham. :)
Kalau tak faham lagi , jom baca entri ini dengan lebih lanjut. In Sha Allah, akan lebih faham. :)
First,
kita kaji dahulu apa punca atau faktor yang menyebabkan tercetusnya STRESS
ini.. ??
* Ada sesiapa pernah mengalami keadaan macam ni ??
Stress boleh berlaku di
mana-mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja, daripada bayi sehingga warga emas.
Contohnya, STRESS di tempat kerja, di rumah, di sekolah dan di mana sahaja kita mula
merasai stress itu wujud. Ada orang stress disebabkan bebanan kerja yang terlalu
banyak, ada pelajar yang stress bila gagal, ada ibu bapa yang stress apabila
mengalami krisis rumah tangga. Malah ada orang STRESS disebabkan pilihan
pakaian terlalu banyak, sampai tak tahu nak pilih yang mana untuk buat baju
raya ;)
Stress
terbahagia kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Jom kita Terjahh,
apa faktor dalaman yang boleh menyebabkan STRESS!
FAKTOR
DALAMAN
(a) Perwatakan
Jika dilihat seperti
contoh yang Awla berikan di awal tadi, perwatakan manusia ini
berbeza-beza. Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.
Manusia adalah unik, iaitu jika dilihatkadang-kadang kita meminati mata
pelajaran Bahasa Melayu dan tidak meminati mata pelajaran matematik. Ada
pula manusia yang meminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa
Melayu dan sebagainya lagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai
pelbagai kecenderungan,pelbagai minat dan nilai dan seumpamanya lagi. Ada
manusia begitu cepat mengalami stress dan ada pula manusia yang lambat
mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu kenal di mana kedudukan atau
tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita.
(b) Kendiri yang
terlalu ideal
Manusia mempunyai
cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini selalunya
akan menjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian
tersebut. Yang menjadi masalahnya ialah apabila manusia tidak bertindak untuk
mengejar impian tersebut. Cita-cita dan Impian tinggi tapi usaha kosong ?
Sebagai contoh kita melihat pencapaian pelajaran rakan kita, atau orang
yang telah berjaya, tetapi kita sedikit pun tidakberusaha ke arah itu,
malah kita masih dengan tabiat yang lama seperti meniru kawan, membuang masa
dan sebagainya. Perkara ini sangat tidak tepat sekiranya kita tidak
menyeimbangkan antara usaha dan cita-cita.
(c)
Kognitif
Kognitif adalah
pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami ketegangan disebabkan
kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yang negatif. Manusia
kadang-kadang merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi.
Ini disebutkan sebagai faktor kognitif yang begitu menekan. Manusia-manusia
ini mudah mengalami stress kerana berfikiran lemah. Justeru, kita tidak
dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress akan mudah
datang kepada manusia seperti ini. Oleh hal yang demikian, kita perlu
memberikan perhatian dari sudut itu.
(f) Tidak
selaras personaliti
Stress hadir apabila
manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan minat dalam
kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial
iaitu ingin menjadi guru dan sebagainya tetapi bekerja sebagai
Jurutera. Ini menunjukkan tiada keselarasan antara minat dan personaliti
yang ada. Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak
mengenalpastinya sungguh-sungguh.
(d) Kelemahan dalam
komunikasi dan berbahasa
Stress juga terjadi
kepada manusia yang mempunyai masalah berkomunikasi dan berbahasa. Kegagalan
berkomunikasi menyebabkan seseorang sukar untuk berinteraksi dengan
seseorang yang lain. Dengan itu, segala maklumat yang ingin disampaikan tidak
diterima oleh pendengar dengan berkesan. Ini akan menimbulkan masalah dan
sekiranya ia tidak dapat diatasi, stress pasti akan berlaku.
(e) Keperluan dan
kemahuan
Setiap manusia pasti mempunyai keperluan dan
kemahuan masing-masing dalam kehidupan ini. Cuma, yang membezakannya samaada
keperluan dan kemahuan itu sedikit atau banyak. Sebagai contoh, remaja yang
kekurangan kasih sayang dalam hidupnya boleh mendatang stress yang besar kepada
dirinya. Sebuah keluarga yang hidup dalam kemiskinan dan tidak mempunyai
keperluan yang mencukupi akan mengalami stress jika tidak ditangani dengan
baik.
FAKTOR
LUARAN
(a) Sosial dan tempat
kerja
Selalunya kita tidak terlepas dari hubungan dengan orang lain.
Manusia juga bekerja dan di tempat kerja sudah pasti manusia berkomunikasi
dengan orang lain. Justeru hubungan sentiasa berlaku. Dalam hubungan ini
selalunya berlakulah komunikasi yang mencetuskan masalah. Lumrah hidup di
dunia, masalah tidak boleh lari. Sebenarnya masalah yang datang boleh
mematangkan manusia. Jika kita lari dari masalah maka kita lari dari
proses membina kematangan diri. Manusia yang berani menghadapi masalah
ialah manusia yang berani menghadapi kenyataan. Apabila hubungan negatif
berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi penyumbang kepada stress. Maka
hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama.
(b) Hubungan dengan keluarga
Ramai orang
mengalami stress kerana hubungan antara suami-isteri, ibu-anak, ibu
bapa-anak-anak yang tidak baik. Ketegangan yang berlaku alam hubungan
kekeluargaan boleh mencetuskan hasil yang tidak baik. Misalnya, ibu tidak
lagi memberi penghargaan kepada anak-anak. Anak-anak tidak lagi
menghormati ibu dan ayah sebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua
hala sudah terkubur dan inilah bibit-bibit yang bakal mencetuskan
kehancuran institusi keluarga dan seterusnya menyebabkan stress berlaku.
Justeru, perkara ini perlu diberi perhatian. Maka kita perlu mencorakkan
satu hubungan yang penuh empati dan memahami antara satu sama lain.
Hubungan ini dijalinkan berdasarkan kepada kasih sayang, hormat menghormati dan
menghargai individu lain.
(c)
Persekitaran
Persekitaran dan
keadaan cuaca yang tidak stabil juga boleh menyebabkan stress. Contohnya, para
pelajar membuat bising di dalam kelas . Keadaan ini boleh mendatangkan stress
kepada pelajar lain yang sedang belajar. Cuaca yang tidak menentu seperti panas
terik boleh menyebabkan stress kepada petani yang sedang bekerja. Oleh itu, stress ini boleh di atasi dengan
cara yang baik jika tahu bagaimana cara untuk mengatasinya.
Wahh, sedar tak
sedar, rupanya dah panjang lebar Awla menaip :)
Kalau lihat kepada
faktor-faktor stress yang Awla terangkan, semua boleh memberikan kesan yang
NEGATIF kan ? Jadi, bagaimana STRESS ini dapat memberikan kesan yang POSITIF ? Awla
akan sambung untuk entri seterusnya pula tentang STRESS NEGATIF dan STRESS POSITIF
ini. Pasti kamu semua dah penat baca panjang-panjang ni ya ?
Sampai di sini sahaja
dahulu untuk kali ini, in Sha ALLAH, Awla kan sambung secepat mungkin :)
No more STRESS !
Thanks a
lot for reading ! Semoga ALLAH redha.
Regards Luv,
Awla Mukhlisah Beauty
Shop :)
Stress ni rupanya ada faktor luaran dan dalam diri sendiri juga. Apa yang pasti, kena belajar untuk tangani stress supaya ia tak jejaskan kesihatan kita :)
ReplyDelete