20 Jul 2013


Assalamualaykum wbt and Hi averyone!

Salam Ramadhan ke-11. Alhamdulillah kerana masih lagi berpeluang untuk menjalani ibadat puasa. Thank you My Grateful Allah..!
Hopefully everyone yang view my blog sihat2 selalu dan sentiasa di bawah belaian Allah swt :)

Since Awla ni seorang yang easy going (easy going ke? ;) and buzzzyyy (ini memang hakikat) hehehe) kadang tu, ramai yang tnya, kamu ni tak stress ke? bnyak nya kerja, layan customer nya, melayan order customer nya, menghntar kek nya.. dlllll.. heheh. tak kisah pun orang tnya apa *hak asasi kan ;)
so, today I would to share with u guys, about "STRESS". Semua orang pasti pernah mengalami rasa STRESS atau TEKANAN dalam hidup masing-masing. Sama ada STRESS atau TEKANAN yang dialami itu sedikit, sederhana atau sudah sampai tahap kemuncak yang boleh membawa kepada sakit jiwa. Allahhurabbi. Semoga kita semua dijauhi rasa stress yang melampau.
Sebelum Awla jelaskan dengan lebih lanjut tentang stress, Awla nak kongsikan dulu apa itu STRESS sebenarnya ? kita asyik duk cakap “ stress!!”, “tertekan!!” ..?
Apakah Maksud sebenarnya STRESS ?


Apa Itu Stress?
*kaji cket ya, jom masuk teori ;)
Menurut ,Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah
mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang
disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle
Counselor and Psychotherapist) Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk
ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang
memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik
lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi
negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan
di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan
lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan.
Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat
mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander
Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah
hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan
sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)
Stress Menurut Persepktif ISLAM ?
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. 
Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah  dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.
STRESS merupakan salah
satu ujian daripada ALLAH SWT.
*ingat tu ya

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah 2:155-157)

STRESS juga boleh menghasilkan tindakan yang POSITIF dan NEGATIF!
Actually, Baby pun ada Stress.. saya tahu sebab saya belajar Children Psychology ;)
Okesss ! Sampai di sini sahaja dahulu untuk hari ini, untuk entri seterusnya, Awla akan kongsikan apa itu STRESS POSITIF dan NEGATIF dan punca-punca berlakunya STRESS.
BERSAMBUNG.

Regards Luv,
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)











Posted by Awla Mukhlisah in with 2 comments


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

2 comments:

  1. Salam. yukk, sambung cerita pasal stress ini ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaykummussalam wbt sis :)

      In Sha Allah, akan ada lagii selepas ini, just keep update shj ya sis ;)
      Tqvm ♡

      -adminnur

      Delete



Bookmark Us

Facebook Favorites Twitter

Search

Don't Forget To Join US Our Official Fanpage
×
bloggerWidget

ABOUT US

"awlamukhlisah.blogspot.com" merupakan sebuah laman web yang bukan hanya untuk menjual atau menyediakan servis di tahap "vvip class" malah kami juga berkongsi pelbagai Tips, Idea dan Informasi kepada ramai orang demi menambah nilai kehidupan ramai orang. In sha Allah.

Selain itu, kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan bermula dari 0 sen sebagai modal :)

Semoga kalian akan mendapat manfaat daripada blog ini serta diredhai oleh Allah SWT. Amin.
Terima kasih.

Salam Kejayaan.

Nuffnang

FOLLOW ME --> Instagram

Our Official Fanpage

Buddies