Assalamualaykum wbt :)
Apa khabar semuanya ? Semoga kita semua sentiasa sihat dan diberkati
Allah selalu. Amiin.
Apa khabar pula HATI kita hari ini ?
Apa khabar IMAN kita hari ini ? Adakah semakin berkurang atau
semakin bertambah ?
Apa khabar AKAL kita hati ini ? Adakah kita memberikannya makanan
yang Positif atau Negatif ?
Apa khabar MATA kita hari ini ? Adakah kita menjaga pandangan
mata kita dengan baik ? Jom audit diri ! Muhasabah diri seketika, Tanya pada diri
kita sendiri. In Sha Alalh, akan kita temui jawapannya nanti :)
Bercakap tentang mata, hari ini Awla nak kongsikan satu tips
yang menarik tentang mata. Pepatah ada mengatakan, dari mata turun ke hati.
Begitulah pentingnya peranan mata. Sehingga boleh menambat
hati orang yang memandangnya. Mata kita sememangnya Allah ciptakan cantik, oleh
itu mata kita sentiasa memerlukan penjagaan agar kekal cantik dan berseri.
Kita semua pasti inginkan mendapatkan mata yang
menawan dan cantik kan? Mata yang segar dan menarik bukan sahaja terletak
pada sentuhan make-up malah melalui penjagaan mata yang baik.
Jom lihat tips untuk dapatkan mata yang cantik!
Antaranya ialah:
# Minum air secukupnya
kerana ia dapat mengelakkan dehidrasi, sekaligus melambatkan timbul kedutan
pada mata.
# Makan buah dan
sayuran kerana kandungan mineral, vitamin yang terdapat di dalam buahan dan
sayuran adalah nutrisi berguna untuk kecantikan mata, di samping bermanfaat
untuk kulit dan kesihatan tubuh. Kandungan Vitamin C pada buah atau sayur dapat
membantu pembentukan kolagen yang menambahkan keanjalan kulit nipis pada mata.
# Hindari perbuatan
menggosok mata walaupun dengan tangan kerana ia boleh memberikan kesan
tidak baik pada seluruh bahagian mata.
# Berhati-hati
memilih produk penjagaan mata. Selalu pilih produk yang boleh dipercayai
dan sudah melalui ujian klinikal. Hati-hati dalam aplikasi solekan dan hindari
pinjam-meminjam alat kosmetik mata. Perbaharui kosmetik mata setiap 6 bulan
sejak pertama kali dibuka.
# Kurangkan
pendedahan berbahaya terhadap mata seperti wap panas, tempat berdebu,
sinar UV dan benda lain yang berbahaya. Disarankan menggunakan kaca mata hitam
dengan kemampuan melindungi mata dari sinar UV.
# Pastikan anda
membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak
ditanggalkan dengan sempurna, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda
harus ingat, kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga
dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman atau dipenuhi bintik-bintik halus!
# Jangan gunakan
pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka
agak tinggi dan ia boleh mengakibatkan ‘oil seed’ di sekeliling zon mata.
Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan
sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak
timun, witch hazel dan pro vitamin B5.
#
Di sini Awla kongsikan COLLAGEN CRYSTAL EYE MASK yang BEST untuk mereka mengalami masalah kesembapan mata serta lingkaran hitam bawah mata. Kebaikan Crystal Collagen Eye Mask ialah ianya sangat bagus
untuk merawat kesembapan mata, lingkaran hitam bawah mata dan melembapkan kulit
keliling mata (moisturize) dan mencegah kedutan kulit. Ia diperkaya dengan
plant collagen bertindak untuk:
- Mengurangkan kesan gelap lingkaran bawah mata,
menghilangkan kesembapan mata, menghilangkan eye-bag.
- Prevent + Refine Aging
- Menghilangkan kesan terbakar akibat 'sunburn' atau
kesan pembedahan laser.
Sangat bermanfaat untuk menghilangkan garis halus di
sekitar bawah mata, lebam hitam di bawah mata, removes puffiness dan mengatasi
penuaan. Dengan pemakaian yang teratur, hasil akan sangat menakjubkan! Untuk lebih tahu lebih details tentang
produk ini, boleh tengok di
PRODUK KECANTIKAN.
PRODUK KECANTIKAN.
Selamat
mencuba semua!
Semoga
Bermanfaat ya ;)
Regards Luv,
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)
TB pernah try mask tuh..best
ReplyDelete@TelingaBulat Alhamdulillah :)
ReplyDelete-adminA
kat mana bleh dpt yer benda tu
ReplyDeletekat mana bleh dpt yer benda tu
ReplyDelete