15 Feb 2014

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Assalamualaykum wbt semua :)

Hari ini Awla nak share satu TIPS yang mungkin boleh membantu anda dan mereka-mereka yang ingin berubah! :)
Tips supaya TIDAK tidur selepas subuh! nampak mudah kan ? tapi tidak semua orang yang berjaya lakukannnya. Tapi kita boleh berusaha kan ?
Semoga Bermanfaat ya! :)


1. Solat subuh! 
Ni memang wajib ya. Bukan optional  Jadi bangunlah solat di awal waktu.

2. Mandi sebelum subuh.
Memang baik untuk kesihatan. Badan kita akan lebih segar dan mata juga akan celik luas-luas bila kena air. Betul tak? Kalau tak mampu nak mandi sebelum subuh sebab sejuk sangat, boleh la mandi lepas solat subuh.

3. Baca quran. 
Kalau boleh, pagi-pagi lagi kita bagi mata kita ni tengok ayat quran yang pertama sekali. Dan! Bagi telinga kita ni dengar ayat quran dulu sebelum dengar lagu lain. In shaa Allah, hati kita pun akan tenang sepanjang hari.

4. Dengar lagu nasyid dan zikir.
Kalau boleh, pagi-pagi tu kalau teringin sangat nak dengar lagu, pasanglah lagu nasyid dan zikir. Lagu nasyid pun pilih la lagu yang ingat kan kita pada Allah.

5. Bersenam.
Bila bersenam ni memang akan buat kita tak mengantuk sebab oksigen masuk dalam badan sambil kita betul-betulkan urat-urat kita.

6. Minum air suam.
Seeloknya minum air suam 2 gelas. Bagi tubuh kita ni sedar yamg kita dah bangun, juga supaya organ tubuh bersedia untuk bekerja!

7. Tarik nafas dalam-dalam.
Waktu tarik nafas dan hembus tu berzikir mengingati Allah.

8. Solat dhuha.
Solat dhuha ni memang bagus untuk memohon rezeki daripada Allah. Tak semestinya harta sahaja rezeki. Sihat, ilmu, anak-anak, ketenangan juga rezeki yang perlu kita mohon.

9. Baca Al mathurat.
Baca kelebihan membaca al-mthurat ini. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin.
*Kalau sesape tak tahu al mathurat tu apa, boleh download dekat playstore. Ataupun cari kat kedai-kedai buku. Atau boleh tanya saya 

10. Selawat!
Banyakkan selawat kepada Rasulullah. Allahumma solli ' ala sayyidina muhammad 

Jom amalkan! 




Posted by Awla Mukhlisah in with No comments


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment



Bookmark Us

Facebook Favorites Twitter

Search

Don't Forget To Join US Our Official Fanpage
×
bloggerWidget

ABOUT US

"awlamukhlisah.blogspot.com" merupakan sebuah laman web yang bukan hanya untuk menjual atau menyediakan servis di tahap "vvip class" malah kami juga berkongsi pelbagai Tips, Idea dan Informasi kepada ramai orang demi menambah nilai kehidupan ramai orang. In sha Allah.

Selain itu, kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan bermula dari 0 sen sebagai modal :)

Semoga kalian akan mendapat manfaat daripada blog ini serta diredhai oleh Allah SWT. Amin.
Terima kasih.

Salam Kejayaan.

Nuffnang

FOLLOW ME --> Instagram

Our Official Fanpage

Buddies