11 Feb 2014

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Assalamualaykum wbt semua :)

Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk kita hidup lagi hari ini.
Masih boleh melihat dunia milik Dia. SYUKUR.

Subahanallah • Alhamdulillah • Allahuakhbar!

Sharing is Caring! ♥♥♥

KELEBIHAN MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN 
-----------------------------------------------------------------------
--> Makan menggunakan tangan adalah antara SUNNAH Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. 

--> Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri, tulang ikan atau tulang ayam.

--> Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu MENCUCI tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan. 

--> Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi. 

--> Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. 

#Inilah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w. 







Posted by Awla Mukhlisah in with No comments


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment



Bookmark Us

Facebook Favorites Twitter

Search

Don't Forget To Join US Our Official Fanpage
×
bloggerWidget

ABOUT US

"awlamukhlisah.blogspot.com" merupakan sebuah laman web yang bukan hanya untuk menjual atau menyediakan servis di tahap "vvip class" malah kami juga berkongsi pelbagai Tips, Idea dan Informasi kepada ramai orang demi menambah nilai kehidupan ramai orang. In sha Allah.

Selain itu, kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan bermula dari 0 sen sebagai modal :)

Semoga kalian akan mendapat manfaat daripada blog ini serta diredhai oleh Allah SWT. Amin.
Terima kasih.

Salam Kejayaan.

Nuffnang

FOLLOW ME --> Instagram

Our Official Fanpage

Buddies