بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Assalamualaykum wbt J
"Terima kasih Ya Allah atas kurniaan mata yang kau
pinjamkan buatku, dengannya aku mampu melihat wajah umi abi, keluarga dan
insan2 yang kusayangi. Dengannya aku dapat melihat indahnya senyuman,
kebahagiaan mereka semua. Dengannya aku dapat melihat kesempurnaan
ciptaan-ciptaanMu"
Alhamdulilah. J
Alhamdulilah. J
Hari ini Awla akan kongsi Tips Amalan Pemakanan Sihat J
Semua orang pasti inginkan makanan yang sihat, halal dan
seimbang kan ? J
Makanlah makanan yang halal dari segi syarak
dan punca rezeki yang halal digunakan untuk membeli makanan J
1. Amalkan mulakan makan
dengan sekurang-kurangnya membaca "BismilLah" dan menyudahinya dengan
"AlhamdulilLah".
2. Jangan makan dan
minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
3. Biasakan rehat
makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
4. Jangan makan
makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru
dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
5. Kurangkan makan
makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
6. Kurangkan makan
makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
7. Kurangkan minuman
manis, mengandungi kafein dan gas.
8. Elakkan makan
makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
9. Amalkan minum jus
buah atau campuran buah bersama herba atau makan buah-buahan seperti kurma,
betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai
makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
10. Disyorkan makan
nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang
dari segi zat dan vitamin.
11. Biasakan makan makanan/minuman berasaskan
kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk
kecerdasan minda..
SEKIRANYA ANDA MAMPU UNTUK MENGAMALKAN KESEMUA
PERKARA DI ATAS, ALHAMDULILLAH.....SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH
MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH
ALLAH SWT. NAMUN PENINGKATAN KESIHATAN SERTA PENYEMBUHAN BERBAGAI JENIS
PENYAKIT AKAN LEBIH BERKESAN LAGI MELALUI GAYA PEMAKANAN
SIHAT BERASASKAN MADU LEBAH DAN BUAH KURMA :)
thanks for sharing...good info kak ;)
ReplyDeletemy pleasure :)
DeleteAlhamdulillah! Semoga bermanfaat ya :)
-adminnur