بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Assalamualaykum wbt :)
Alhamdulillah kerana Allah masih berikan kita peluang untuk bernafas, untuk menghirup udara segar, untuk menikmati nikmatNYA yang tidak terhitung ini.
Masa semakin pantas berlalu. Bulan Ramadhan yang tiba kini bakal meninggalkan kita dalam beberapa hari sahaja lagi :'
Hari ini, hati Awla terdetik untuk menceritakan tentang kematian.
100 Hari Tanda Kematian Bermula Menurut Islam .
Allahhukabar !
KEMATIAN!
Satu ungkapan yang boleh membuatkan bulu roma meremang, air mata menitis !
Terlalu banyak dosa yang kita lakukan.
Terlalu sedikit taubat yang kita lakukan.
Cuba tanyakan dalam diri, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian ???
Pastinya jawapannya TIDAK kan !!
Entri ini, Awla tulis berdasarakan bacaan dan nota-nota daripada beberapa blog islam dan sumber daripada beberapa buah buku islam.
Semoga Bermanfaat ya :)
Sabda Rasulullah SAW : “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”
100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNYA dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yg dikehendakiNYA. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya antara mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari hujung rambut sampai ke hujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.

Contohnya, seperti daging sapi/kambing yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan terdetik di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian. Getaran ini akan berhenti dan hilang setelah manusia itu sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah meninggal dunia.
40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah swt. Maka, Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah Malaikat Maut akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
7 Hari Sebelum Hari Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.
3 Hari Sebelum Hari Kematian
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui/ difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 Hari Sebelum Hari Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

BERSIAP SIAPLAH, HARI ITU PASTI AKAN DATANG! SUDAH CUKUPKAH BEKALAN KITA??
# Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah swt, semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman, sehingga mampu menerima tanda-tanda kematian daripada Allah. amiin ya rabbal a'lamin.
Wallahu a’lam
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik) dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”
Amiin Ya Rabbal a'lamin.
Amiin Ya Rabbal a'lamin.
Regards Luv,
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)