18 Jan 2014

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم


Lillahi, Kau yang ku tuju, RedhaMU yang ku cari, kurniakanlah diri ku untuk mengenali dan mengasihiMU Allah.

Indahnya aku kerana diberi peluang untuk bernafas di bumi ALLAH, apatah lagi Allah mmberi peluang untuk kita terus mengajar mncari cinta ALLAH dan berkongsi kepada yang lain,

"Allah menciptakan alam semesta (termasuk manusia) tidaklah dengan palsu dan sia-sia" 
(QS. As-Shod ayat 27).


Hebatnya kita jika lakukan sesuatu amal bersandarkan ALLAH swt. Subahanallah! Positive nya dia :)
Hebatnya kita jika membantu saudara, sahabat malah siapa2 semata bersandarkan kerana ALLAH swt. MasyaALLAH, hebatnya sifat dia :)

Saat hati sedang di landa ribut taufan yang tak mahu berhenti. Saat diri mahu bertukar menjadi raksasa dan mengamuk dengan semua yang ada. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya. 

Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan.

hati menyapa, lalu berkata, "ALLAH bantulah aku!"

"Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin :  jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya." (Hadis riwayat Muslim)

Hidup ini ada kalanya susah untuk memujuk hati. Bukan memujuk hati orang tetapi hati sendiri. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir Allah yang cukup baik itu juga hebat bersaing.. ya Illahi, kuatkan kami.

Apabila kehendak diri dan takdir bertembung. Lantaran menjadi konflik, sungguh ia amat sakit sekali.
Sememangnya perjalanan ini terasa sungguh sunyi. Hari-hari yang dialui terasa sepi. Mungkin permata yang dimiliki selama ini terpaksa menjauh kerana dirinya bukan milik insan. Dirinya milik Allah. Namun penitian hidup tetap dan mesti diteruskan. Walau hanya bersendirian mencari arah tujuan.

Dengan sejuta nota dan pesanan kepada diri "bertabahlah kamu!"

Sungguh.

Dengan ujian kehidupan, ramai yang tertunduk dan terkulai. Lemah tidak bermaya. Hilang motivasi kehidupan. Tidak mampu untuk berdiri. Apatah lagi berlari dengan senyuman bahagia.

Manusia tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Iman tidak mampu menyelit untuk diberi ruang bersuara. Begitulah apa yang dialami. Tiada kata yang dapat diungkapkan, melainkan berdoa. Berdoa dan terus berdoa.

Allah...

Kami jua punya hati. Kami takut untuk gagal. Kami gusar untuk melangkah. Takut langkah kami mati.
Oh! Kenapa rasa itu hadir dalam diri? Kala kau mahu menyeru pada Ilahi?

Kuatkan Kami ya Rabbi. kurniakan kami dengan insan2 yang positif sifatnya untuk kami mendampingi. Jangan Kau biarkan kami kelam dalam sepi. Dengan rahmat-Mu Ilahi tautkanlah hati ini di jalan yang telah Kau tetapkan. Izinkan kami mendekati takdir dengan hati yang redha. Kerana kami tidak mahu selamanya roh ini tersesat.

Tuhan Yang Maha Mendengar. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkan jiwa kami ini. Jangan biar diri kami tandus dimamah kefuturan. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu.

Kuatkan hati ini wahai Tuhan. Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.

Hanya Engkau. ♥

Amin.

*Selamat terus bermujahadah di jalan ALLAH!, moga REDHA milik bersama, inshaALLAH~

Allah,kami mohon kekuatan dari Mu :')




Lot of Lov, 


Posted by Awla Mukhlisah in with 7 comments


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

7 comments:

  1. selalulah berdoa supaya hati kita lbh cintakan ALLAH drpd segala2nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed sis atiqah :)

      DOA adalah senjata orang mukmin! :)

      -adminnur

      Delete
  2. Assalamualaikum..perkongsian yang amat menarik,menyentuh hati ketika membaca, syukran..semoga kita menjadi hamba yang kuat menerima ketentuan Ilahi amin ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaykummussalam wbt sis :)

      afwan ya sis,

      Amiin Ya Allah :)

      -admin

      Delete
  3. Assalamualaikum..perkongsian yang amat menarik,menyentuh hati ketika membaca, syukran..semoga kita menjadi hamba yang kuat menerima ketentuan Ilahi amin ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaykummussalam wbt ukhti hajar :)

      afwan ya ukhti :)
      Alhamdulillah, semoga penulisan ini dapat memberi manfaat kepada ramaiii orang,

      amiin Ya Allah :)

      Delete
  4. This is a great post, thanks for sharing it.

    ReplyDelete



Bookmark Us

Facebook Favorites Twitter

Search

Don't Forget To Join US Our Official Fanpage
×
bloggerWidget

ABOUT US

"awlamukhlisah.blogspot.com" merupakan sebuah laman web yang bukan hanya untuk menjual atau menyediakan servis di tahap "vvip class" malah kami juga berkongsi pelbagai Tips, Idea dan Informasi kepada ramai orang demi menambah nilai kehidupan ramai orang. In sha Allah.

Selain itu, kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan bermula dari 0 sen sebagai modal :)

Semoga kalian akan mendapat manfaat daripada blog ini serta diredhai oleh Allah SWT. Amin.
Terima kasih.

Salam Kejayaan.

Nuffnang

FOLLOW ME --> Instagram

Our Official Fanpage

Buddies