4 Apr 2014

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Assalamualaykum wbt :)

Sharing is Caring :)


Tanda tangan amat penting untuk seseorang kerana banyak urusan urusan yang memerlukan kita untuk menurunkan tanda tangan untuk tujuan pengesahan, autograf, dan sebagainya. Dan kebanyakan dari kita tidak tahu menilai tanda tangan dan kita cuma menilai tanda tangan 
secara luaran. Kenapa tanda tangan sangat penting? Mungkin ada yang tidak tahu tandatangan boleh menujukkan personaliti seseorang.

Rahsia yang tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat agak
kedekut mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan)
seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri
berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.

3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain
yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka
dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.

4. Tiada Garisan atau Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka ini selalunya lebih gemar hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mahu
mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pencinta alam
tetapi mereka juga mempunyi sifat agak kedekut.

5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolka nama mereka. Golongan ini cuba untuk
kelihatan bergaya,suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang
tetapi mereka merupakan pendengar yang baik apabila sentiasa memberi perhatian tentang
apa yang orang lain sedang katakan.

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir.
Mereka ini tidak tetap pendirian, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti
angin yang mengubah haluan. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang
sesuatu perkara. Selalunya, orang lain boleh memenangi atau mengambil hati mereka
dengan hanya memuji.

7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingakan
diri dan sedia berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi.
Tapi apabila terlalu banyak sangat perkara yang mereka sedang fikirkan, ini menyebabkan
mereka akan cepat melenting.

8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
Mereka sangat baik hati dan boleh menyesuaikan diri dengan apa saja suasana dan sesiapa
sahaja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan
memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.

So, macam mana? Tepat atau tidak? mungkin ini agak berguna untuk kita gunakan semasa menilai seseorang yang baru kita kenali. 
*untuk suka-suka je ni 




Semoga Bermanfaat ya 



Posted by Awla Mukhlisah in with 4 comments


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr

4 comments:

  1. ada mcm sama.. =) hahahaha... thx for the sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ya sis fathiyah ? hehe
      Most welcome dear :)

      -adminnur

      Delete
  2. aah lah mmg ada sama.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ya sis ? Alhamdulillah. ini hanya menurut pakar psikologi shj :)

      -adminnur

      Delete



Bookmark Us

Facebook Favorites Twitter

Search

Don't Forget To Join US Our Official Fanpage
×
bloggerWidget

ABOUT US

"awlamukhlisah.blogspot.com" merupakan sebuah laman web yang bukan hanya untuk menjual atau menyediakan servis di tahap "vvip class" malah kami juga berkongsi pelbagai Tips, Idea dan Informasi kepada ramai orang demi menambah nilai kehidupan ramai orang. In sha Allah.

Selain itu, kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan bermula dari 0 sen sebagai modal :)

Semoga kalian akan mendapat manfaat daripada blog ini serta diredhai oleh Allah SWT. Amin.
Terima kasih.

Salam Kejayaan.

Nuffnang

FOLLOW ME --> Instagram

Our Official Fanpage

Buddies