17 Jan 2014

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Assalamualaykum wbt :) 
salam Jumah mubarokah! :)

saya PASTI Mesti ada yang tertanya2? kenapa hari JUMAAT ni dianggap sebagaiPENGHULU segala hari kan? sebab sebelum saya tak tahu dulu pun, saya tertanya2, kenapa hari jumaat dianggap penghulu segala hari.


6 kelebihan Jumaat saya senaraikan. 
#( siapa yang nak menambah lagi, sila kan ya, sangat2 dialu2kan ) saya cuma share apa yang saya baca shj :)
Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, dan lebih cemerlang! 

1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Jom kita manfaatkan HARI JUMAAT ni sebaik mungkin. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita grab, dan peluk tightly!

Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. 

Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut kan? (saya menasihati untuk diri saya juga)

Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk kita lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar,buat duha, bersedekah dan sebagainya.


Nabi saw sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya. *peluang kan? cuma kita rugi sebab bnyak yang tahu. TERMASUK saya!

Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. 

*surah al kahfi jangan lupa baca ya :)

Subhanallah…
YA ALLAH, matikanlah kami dalam IMAN, dengan mengucap dua kalimah syahadah. Amin.



Lot of Lov, 
Posted by Awla Mukhlisah in with No comments


Share this Post Share to Facebook Share to Twitter Email This Pin This Share on Google Plus Share on Tumblr
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment



Bookmark Us

Facebook Favorites Twitter

Search

Don't Forget To Join US Our Official Fanpage
×
bloggerWidget

ABOUT US

"awlamukhlisah.blogspot.com" merupakan sebuah laman web yang bukan hanya untuk menjual atau menyediakan servis di tahap "vvip class" malah kami juga berkongsi pelbagai Tips, Idea dan Informasi kepada ramai orang demi menambah nilai kehidupan ramai orang. In sha Allah.

Selain itu, kami juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan bermula dari 0 sen sebagai modal :)

Semoga kalian akan mendapat manfaat daripada blog ini serta diredhai oleh Allah SWT. Amin.
Terima kasih.

Salam Kejayaan.

Nuffnang

FOLLOW ME --> Instagram

Our Official Fanpage

Buddies